THANK YOU FOR BEING MY FRIEND......

Jumaat, 27 Januari 2012

Umai Ikan


Ini lah umai ikan, salah satu masakkan Sarawak...kalau saya buat saya makan sendiri sebab hubby tak makan..tak reti nak makan...hehehe..senang jer nak buat...hirisan bawang merah, halia, cili, sedikit belacan ( kalau belacan tak masin tambah garam. sebab ada belacan yang buatannya tak masin ) dan pak aji jika suka. Oh ya..lupa plak.. ikan dihiris ikut saiz yang disukai. Jangan lupa limau nipis..saya selalu guna limau kasturi sebab  jus nya banyak nak kasi rendam itu isi ikan..campurkan semua bahan lepas tu letak dalam peti sejuk. Biar perap lama sikit nak kasi sedap...hehehe...dah siap..


Selamat mencuba.

Meeza Maureen


Home Alone :(

Salam Bloggers,

Happy hendaknye di samping keluarga tersayang..tak macam saye ni..sorang je kat umah...huhuhu...hubby kat L.A. anak plak kat kampung ( pasal takde orang nak jage, dah serik nak ambik bibik ). Macam - macam perasaan ada. Sunyi, rasa kehilangan, takut, seram, sedih, rindu..Semua ni membuat saya jadi stressed and depressed. Saya off duty from work dah beberapa hari ni. Esok dah nak pegi keje..

Hmmmm....apalah si kecik afiq tu buat kat umah tok die. Rindu plak bila fikirkan telatah dia yang suka menyakat tok die.. Walaupun kampung tak lah jauh sangat.. ( kat belah utara )..tapi nak ulang alik tak larat. Tak pe la. Just for a while. Once everything ok we will be together again...( tak sabar nak tunggu developer pasang meter air kat umah baru..boleh la pindah cepat - cepat ).

Oh ya cakap pasal umah baru ni..sebenarnya nak bawak parent in law dok skali. At least ada gak orang dengan si kecik kat umah time kami pegi keje, Di kampung, parent in law tinggal berdua je. Lagipun dah berusia dan tak berapa larat and kurang sihat..kalau dok sekali, kami ada dekat and bole jaga dorang.

Hari - hari saya menghitung hari....menunggu hari ceria datang...


Sekian coretan saya kali ini,

Meeza Maureen








Make up for small eyes


P Ramlee main lagu Metalica


Selasa, 24 Januari 2012

Kerang Sos Cili Kicap



Nyumm...nyum..my peberet...senang jer nak masak kerang ni..mula mula rebus kerang macam biasa (jangan overcooked)..Lepas tu tumis bawang putih yang ditumbuk halus serta serai yang dah dititik..masuk kerang, sos cili dan kicap masin..masuk aji cukup rasa ( optional )..dah siap...



Rumahku Syurgaku









Salam bloggers, ni la rumah baru yang bakal kami duduk nanti.. tengah tunggu pemaju pasang meter air jer lagi..lama betul nak menunggu. tak sabar nak pindah..apa pun belum pasang lagi..takpe la..orang kata sikit sikit lama lama jadi bukit..sabo je la..


Maharaja Lawak 1

Make Up Brushes

Salam Bloggers,

Hai, tahu kah anda berus bukan hanya digunakan untuk melukis di atas drawing paper or canvas atau untuk mengecat dinding rumah anda sahaja? Tapi juga di atas muka kita iaitu wajah kita... :) ...bukan satu macam berus je tau...haaa...macam macam berus pun ada..meh kita tengok video kat bawah ni...enjoys..


 






Pembayang mata berispirasi bunga PINK LILIES

Salam Bloggers,

Pernah tengok bunga pink lilies tak? Apa nama melayu nya entah...heheh..anyway, mari kita tengok macam mana nak mewarna  mata kita mengikut warna bunga pink lilies ni...enjoy the video..



Amacam, cantik kan? Apalagi cuba ler..

Mari ber make up...

Salam semua blogger,

Hari ni nak cite pasal make up. Saya ni kekadang suka pakai make up, kekadang malas dan suka tengok orang make up kan wajah orang lain. Kalau di kampung saya akan make up kan adik saya...hehehe....saja suka suka..mana tau ada rezeki jadi make up artis plak ( berangan kejap )..ok dengan tak membuang masa lagi..saya akan  paparkan video cara - cara memakai eyeliner yang di tunjukkan oleh Cik Michelle Phan.. Enjoys until we meet again..









COPYRIGHT @ ALL RIGHTS RESERVED