Selasa, 16 Disember 2014

Tips ketika menaiki Kapal Terbang.

Salam semua, 

Ni ada sedikit tips untuk anda yang nak balik kampung naik kapal terbang bersama anak anak yer..

Siapkan barang yang nak di bawa masuk ke dalam kabin kapal. Letak dalam satu bag yang senang dan selesa di bawa. 

Senarai barang yang nak di bawa contoh : pampers, botol susu, susu formula, botol air panas, botol air sejuk, baju sejuk ( dalam kapal aircond sejuk ), extra baju salinan takut anak atau bayi muntah, towel kecik atau wet towel, tisu. Semua barang ni bukan untuk dalam kapal terbang jer, sebab nanti dah mendarat pasti akan diperlukan lagi. Betul tak ibu ibu sekalian. Walaupun ada disediakan di dalam kapal terbang tapi takut tak mencukupi. Adalah digalakkan bawak sendiri. 

Semasa dalam kapal, ibu akan di brief terutama sekali pasal keselamatan dalam kapal etc. Part ni sila ambil perhatian dan take it seriously untuk kebaikan dan keselamatan ibu dan anak yer. Bukan saja saja Stewardess nak membebel. 

Kepada yang lain tu , kalau tanda isyarat "pasangkan tali keledar" dinyalakan dan pengumuman  di buat sila duduk dan pakai tali pinggang. Jangan plak jalan jalan dalam kabin ye walaupun kapal tak rasa goyang or dalam english TURBULENCE. Sebab apa turbulence ni ada dua jenis, boleh nampak dan tak boleh nampak..ala macam tersurat dan tersirat gitu.. kalau seat belt sign on tapi takde turbulence, tu namanya CLEAR AIR TURBULENCE. Turbulence akan berlaku bila bila masa saja tanpa amaran. Sebab tu pilot bagi amaran berjaga-jaga.

Apa akan jadi kalau kita tak pakai tali pinggang  masa TURBULENCE.  Turbulence bukan saja kapal bergoncang tapi silap silap AIR POCKET, baik minor or major. Paling di takuti ialah AIRPOCKET. Kalau tak pakai tali pinggang, confirm kepala akan terhentak ke ceiling sebab bila kapal drop kita akan ke atas. So moral of story ikut arahan anak anak kapal. 

Pada bila bila masa, jangan sesekali tidur atas lantai terutama jika flight malam yang berjam jam. Bila anda tidur anda tidak sedar, lebih lagi kalau yang jenis tidur tak hengat (tidur mati akibat kepenatan). Sebab ape? Sebab kalau decompression, anda tak sempat capai oksigen mask yang jatuh automatik dari siling. selalu turbulence akan berlaku sekali.. Bayangkan tidur atas lantai..tetiba airpocket dan kabin tak cukup oksigen..tak sempat capai okisgen mask anda akan terus melantun ke siling sebab lantai takde seat belt kan.. 

so ini adalah cerita melalui pengalaman yang ingin saya kongsikan bersama anda semua.

XOXO,
MeezaMaureen




Tips ketika menaiki Kapal Terbang.

Salam semua,  Ni ada sedikit tips untuk anda yang nak balik kampung naik kapal terbang bersama anak anak yer.. Siapkan barang yang n...