Pulau Easter (Easter Island)
Pulau ini juga dikenali sebagai Rapa Nui (dalam bahasa Polinesia) dan Isla de Pascua (dalam bahasa Sepanyol) yang terletak di antara Tahiti dan Chili. Pulau ini berbentuk segitiga dan luasnya dianggar 163,6 km². Pulau berhampiran yang berpenghuni ialah Pulau Pitcairn yang jaraknya adalah 2.075 km sebelah barat. Pulau yang dianggap misteri ini didiami oleh ratusan batu-batu raksasa (juga dikenali sebagai patung-patung moai) berbentuk manusia dan berusia lebih dari 400 tahun diletak di sepanjang garisan pantai.
Ketinggian setiap patung dianggar lebih kurang 14 kaki dan mempunyai keberatan 14 tan. Patung-patung ini dipercayai dibina oleh suku kaum orang asli yang digelar sebagai Rapa Nui. Ianya dibina dengan menggunakan sisa-sisa batu gunung berapi. Namun, sehingga ke hari ini, persoalan yang masih belum terjawab, adakah benar kaum asli Rapa Nui boleh membina patung-patung dengan hanya menggunakan teknologi primitif mereka. Terdapat juga teori lain mengatakan monumen-monumen ini ada kaitan dengan kedatangan UFO.
Manusia pertama kali yang menempati pulau ini adalah dari keturunan Polinesia yang mungkin berasal dari Pulau Mangareva atau Pitcairn di sebelah barat. Ahli arkeologi pertama yang menjumpai pulau ini adalah Jakob Roggeveen berasal dari Belanda pada tahun 1722. Kajian beliau menyatakan kira-kira 2,000 hingga 3,000 penghuni di pulau ini dan jumlah penduduk telah meningkat sehingga 10,000 hingga 15,000 pada abad ke-16 dan 17. Pulau ini dipercayai merosot semenjak 100 tahun sebelum kedatangan Belanda disebabkan peningkatan jumlah penduduk, penebangan hutan dan eksploitasi sumber-sumber alam yang terbatas. Namun, sehingga pertengahan abad ke-19, populasi telah bertambah sehingga 4,000 orang. Pada 20 tahun kemudian, berbagai penyakit yang dibawa oleh orang Barat hampir memusnahkan populasi pulai ini. Ini dibuktikan dengan hanya 111 orang penduduk dikesan pada tahun 1877.
Pulau ini dibangunkan oleh Chili pada 1888 oleh Policarpo Toro. Jumlah penduduk asli suku Rapanui perlahan-lahan telah bertambah. Nama Rapa Nui bukanlah nama asli bagi pulau ini. Nama itu dicipta oleh para imigran pekerja dari suku asli Rapa di Kepulauan Bass yang menyamakanya dengan kampung halaman mereka. Nama yang diberikan suku Rapanui bagi pulau ini adalah Te pito o te henua ("Pusar Dunia").
Pada 20 tahun terakhir, berlaku masalah pemilikan tanah dan ketegangan politik. Penentangan suku asli Rapanui ditamatkan dengan pesetujuan pemilikan tanah tradisional secara milikan bersama.
Pulau ini dahulunya mempunyai hutan pohan palem dan menurut kajian, para penghuni pertama pulau ini telah mengeksploitasi pokok-pokok ini untuk dijadikan tempat moai serta membina perahu nelayan dan bangunan. Ada bukti mengatakan keruntuhan pulau ini dikaitkan dengan kekurangan sumber-sumber ikan dan burung yang kehilangan sarang. Ayam dan tikus menjadi santapan utama mereka. Ada juga fakta mengatakan wujud kanibalisme.
Tradisi yang menarik yang diamalkan oleh kaum suku asli ini ialah pemujaan burung-burung (manutara). Sebuah pertandingan mendapatkan telur seekor Sooty Tern diwujudkan. Peserta dikehendaki berenang menuju Motu Nui dan pemenang akan dianugerahkan kuasa pemilikan kesemua ke atas sumber-sumber pulau tersebut. Tradisi ini masih diterapkan pada saat bangsa Eropah mendarat di pulau ini.
Walaupun pulau ini dipenuhi oleh patung-patung pemujaan namun, dewa ternyata marah terhadap kepupusan tumbuhan di pulau ini. Pulau ini menjadi tidak subur dan tanahnya kering dan sukar ditumbuhi oleh pokok-pokok baru. Pulau ini sukar dipulihkan walaupun terdapat debu-debu vulkanik yang subur seperti pulau-pulau lain.
Berbalik kepada pembinaan patung-patung moai yang menjadi simbol kepada pulau ini, dipercayai dipahat pada tahun 1600 hingga 1730 dan terdapat lebih dari 600 buah patung. Sebenarnya patung ini dilengkapi dengan tubuh namun, tubuhnya telah tertimbus oleh tanah akibat ditelan zaman dan pada hari ini hanya leher sahaja yang kelihatan. Monumen-monumen ini masih tegak berdiri ketika Roggeveen datang pada 1722 dan Kapten James Cook pada 1774. Hingga ke abad 19, seluruh patung telah tumbang akibat peperangan internecine.
Ada berbagai lembawan (tablet) yang ditemui di pulau ini bertulisan misteri. Tulisan yang dikenali sebagai Rongorongo belum dapat dihuraikan walaupun berbagai generasi ahli bahasa cuba membongkarnya. Pada 1932, sarjana Hongoria, Wilhelm telah menemui tulisan tersebut hampir sama dengan tulisan pra-sejarah Lembah Indus di India. Namun, pendebatannya sehingga ke hari ini masih belum menemui jawapan yang pasti.
Meeza Maureen
Tiada ulasan:
Catat Ulasan