Sabtu, 14 September 2013

Kisah Pulau Easter

[Easter+Island.jpg]
Pulau Easter (Easter Island)

Pulau ini juga dikenali sebagai Rapa Nui (dalam bahasa Polinesia) dan Isla de Pascua (dalam bahasa Sepanyol) yang terletak di antara Tahiti dan Chili. Pulau ini berbentuk segitiga dan luasnya dianggar 163,6 km². Pulau berhampiran yang berpenghuni ialah Pulau Pitcairn yang jaraknya adalah 2.075 km sebelah barat. Pulau yang dianggap misteri ini didiami oleh ratusan batu-batu raksasa (juga dikenali sebagai patung-patung moai) berbentuk manusia dan berusia lebih dari 400 tahun diletak di sepanjang garisan pantai.

Ketinggian setiap patung dianggar lebih kurang 14 kaki dan mempunyai keberatan 14 tan. Patung-patung ini dipercayai dibina oleh suku kaum orang asli yang digelar sebagai Rapa Nui. Ianya dibina dengan menggunakan sisa-sisa batu gunung berapi. Namun, sehingga ke hari ini, persoalan yang masih belum terjawab, adakah benar kaum asli Rapa Nui boleh membina patung-patung dengan hanya menggunakan teknologi primitif mereka. Terdapat juga teori lain mengatakan monumen-monumen ini ada kaitan dengan kedatangan UFO.

Manusia pertama kali yang menempati pulau ini adalah dari keturunan Polinesia yang mungkin berasal dari Pulau Mangareva atau Pitcairn di sebelah barat. Ahli arkeologi pertama yang menjumpai pulau ini adalah Jakob Roggeveen berasal dari Belanda pada tahun 1722. Kajian beliau menyatakan kira-kira 2,000 hingga 3,000 penghuni di pulau ini dan jumlah penduduk telah meningkat sehingga 10,000 hingga 15,000 pada abad ke-16 dan 17. Pulau ini dipercayai merosot semenjak 100 tahun sebelum kedatangan Belanda disebabkan peningkatan jumlah penduduk, penebangan hutan dan eksploitasi sumber-sumber alam yang terbatas. Namun, sehingga pertengahan abad ke-19, populasi telah bertambah sehingga 4,000 orang. Pada 20 tahun kemudian, berbagai penyakit yang dibawa oleh orang Barat hampir memusnahkan populasi pulai ini. Ini dibuktikan dengan hanya 111 orang penduduk dikesan pada tahun 1877.

Pulau ini dibangunkan oleh Chili pada 1888 oleh Policarpo Toro. Jumlah penduduk asli suku Rapanui perlahan-lahan telah bertambah. Nama Rapa Nui bukanlah nama asli bagi pulau ini. Nama itu dicipta oleh para imigran pekerja dari suku asli Rapa di Kepulauan Bass yang menyamakanya dengan kampung halaman mereka. Nama yang diberikan suku Rapanui bagi pulau ini adalah Te pito o te henua ("Pusar Dunia").

Pada 20 tahun terakhir, berlaku masalah pemilikan tanah dan ketegangan politik. Penentangan suku asli Rapanui ditamatkan dengan pesetujuan pemilikan tanah tradisional secara milikan bersama.

Pulau ini dahulunya mempunyai hutan pohan palem dan menurut kajian, para penghuni pertama pulau ini telah mengeksploitasi pokok-pokok ini untuk dijadikan tempat moai serta membina perahu nelayan dan bangunan. Ada bukti mengatakan keruntuhan pulau ini dikaitkan dengan kekurangan sumber-sumber ikan dan burung yang kehilangan sarang. Ayam dan tikus menjadi santapan utama mereka. Ada juga fakta mengatakan wujud kanibalisme.

Tradisi yang menarik yang diamalkan oleh kaum suku asli ini ialah pemujaan burung-burung (manutara). Sebuah pertandingan mendapatkan telur seekor Sooty Tern diwujudkan. Peserta dikehendaki berenang menuju Motu Nui dan pemenang akan dianugerahkan kuasa pemilikan kesemua ke atas sumber-sumber pulau tersebut. Tradisi ini masih diterapkan pada saat bangsa Eropah mendarat di pulau ini.

Walaupun pulau ini dipenuhi oleh patung-patung pemujaan namun, dewa ternyata marah terhadap kepupusan tumbuhan di pulau ini. Pulau ini menjadi tidak subur dan tanahnya kering dan sukar ditumbuhi oleh pokok-pokok baru. Pulau ini sukar dipulihkan walaupun terdapat debu-debu vulkanik yang subur seperti pulau-pulau lain.

Berbalik kepada pembinaan patung-patung moai yang menjadi simbol kepada pulau ini, dipercayai dipahat pada tahun 1600 hingga 1730 dan terdapat lebih dari 600 buah patung. Sebenarnya patung ini dilengkapi dengan tubuh namun, tubuhnya telah tertimbus oleh tanah akibat ditelan zaman dan pada hari ini hanya leher sahaja yang kelihatan. Monumen-monumen ini masih tegak berdiri ketika Roggeveen datang pada 1722 dan Kapten James Cook pada 1774. Hingga ke abad 19, seluruh patung telah tumbang akibat peperangan internecine.

Ada berbagai lembawan (tablet) yang ditemui di pulau ini bertulisan misteri. Tulisan yang dikenali sebagai Rongorongo belum dapat dihuraikan walaupun berbagai generasi ahli bahasa cuba membongkarnya. Pada 1932, sarjana Hongoria, Wilhelm telah menemui tulisan tersebut hampir sama dengan tulisan pra-sejarah Lembah Indus di India. Namun, pendebatannya sehingga ke hari ini masih belum menemui jawapan yang pasti.



                                                             Meeza Maureen





Selasa, 10 September 2013

Pantun Kelakar

Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Kenapa kau nak jolok pakai galah
Sebab cempedak tu dah jatuh kat luar pagar.

Kalau ada sumur di ladang
Bolehlah hamba menumpang mandi
Patutlah bau badan kau busuk semacam
Bilik air ada, buat apa kau mandi kat ladang..

Pisang emas dibawa berlayar
Masak sebiji di atas peti
Kat pasaraya tak ada hutang hutang
Kalau nak, bayar, “Cash On Delivery”!

Kalau ada jarum yang patah
Jangan di simpan di dalam peti
Kesian betul dengan kau ni
Jarum patah pun kau simpan dalam peti.

 Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Kalau kau berani kejarlah kucing tu
Mesti kau kena cakar sampai berbelang-belang gak..

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Kain Pak Malau, Mak Limah yang lipat
Kain aku, si pencuri yang sapu

Rumah Pak Mamat di tepi sawah
Pakai langsir berwarna biru
Ooi Pak Mat, langsir warna biru tak lawa lah
Pakailah warna kuning ke, hijau ke, kelabu asap ke

Air pasang dalam surut pukul lima
Nyonya bangun pagi siram pokok bunga
Haloo nyonya, mau tanya sikit
Siram pokok bunga aje, tak jual sayur ka?

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Kalau padi tu belumlah masak
Janganlah tuai, taklah layu-layuan..

Limau purut masak di dahan
Batang selasih condong uratnya
Limau purut tak boleh makan
Nanti sakit perut apa ubatnya.

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Buat apa nak ke Pulau Pandan yang jauh tu
Pergi aje ke Kampung Pandan

Sorong papan tarik padan
Buah keranji dalam perahu
Tolonglah jangan makan buah keranji tu
Nanti badan kau orang berbau

Hayya Cik Siti, perempuan banyak muda
Ana banyak takut jalan tutup mata
Memanglah takut kalau jalan tutup mata
Sebab takut terpijak lubang Indah Water

Encik Baba jatuh dalam parit
Cik Aminah ketawa jerit jerit
Sampai hati Cik Aminah ketawakan saya jerit-jerit
Mentang-mentanglah saya jatuh dalam parit

Buai laju laju
Sampai pokok sena
Woii, jangan buai laju-laju
Nanti kang tercampak kat pokok sena

Timang tinggi-tinggi
Sampai cucur atap
Cucur atap tak sedap
Cucuk pisang, cucur udang, haaa tu sedap


Kisah Misteri Segitiga Bermuda aka Bermuda Triangle



Segitiga bermuda atau bermuda triangle adalah satu tempat atau kawasan yang paling misteri didunia. Sekian lama kisah segitiga bermuda menjadi tanda tanya para pengkaji baik dari Barat mahupun Islam segitiga bermuda tetap menjadi misteri sampai ke hari ini.


Pelbagai kejadian aneh terjadi disini malah semua kisah itu belum dapat dirungkai oleh akal yang waras, belbagai pendapat tentang segitiga bermuda antaranya ada yang mengatakan ia merupakan titik magnet bumi yang mempunyai lubang besar yang mampu menyedut apa saja yang melintas disitu dan ada juga yang mengatakan ianya merupakan tempat dimana Jin dan Syaitan berkumpul.

Tetapi apa versi yang didengari ianya tetap menjadi tanda tanya dan belum dapat dirungkai sampai ke hari ini.

Bagaimana dari sudut pandangan Islam berkenaan segitiga bermuda, mengikut Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Harairah bahawa Rasulullah SAW telah bersabda " Apabila salah seorang berada ditempat yang terbuka atau ditengah matahari sedang bersinar, lalu bayangan yg meneduhinya bergerau sehingga sebagian dari dirinya terletak ditempat panas dan sebahagiannya lagi di tempat sejuk, maka hendaklah dia berdiri atau meninggalkan tempat itularangan ini karena tempat seperti itu adalah tempat yang paling digemari oleh Syaitan.

Hadis diatas menerangkan bahawa kawasan yang paling digemari oleh syaitan adalah tempat dimana udara panas dan sejuk bertembung, maka yang demikian ia dapat dikaitkan dengan keadaan giografi segitiga bermuda.

Segitiga bermuda terletak di lautan atlantik dan dipertengahan antara benua Amarika dibahagian Utara dan Afrika dan kawasan ini menjadi tempat pertembungan dua arus udara dimana arus sejuk dari Amarika Utara dan arus panas dari Afrika, maka dengan hadis ini terjawablah misteri segitiga bermuda.

Ada sebuah buku yang bertajuk " Dajjal akan muncul dari kerajaan Jin di segitiga bermuda " karya Sheikh Muhammad Isa Dawuud dari Mesir, dalam karyanya ada menyebut, bermuda adalah kawasan Jin dimana dari situlah akan munculnya Dajjal dan jika benar tidak aneh lagi apa yang disabdakan oleh Nabi Muhammad SAW bahkan membuktikan bahawa islam memiliki semua jawapan tentang persoalan.

Menurut Sheikh imam M.Ma'rifatullah Al-Arsy, segitiga bermuda merupakan titik terujung didunia dan ditengah-tengahnya terdapat sebuah telaga yang airnya dijaga oleh Nabi Khiddir a.s dan akan munculnya penyelamat akhir zaman iaitu Imam Mahdi dari kawasan itu dengan memakai jubah suci bewarna kebiruan.

Segala persoalan ini hanya Allah SWT yang mengetahuinya..

Selasa, 11 Jun 2013

Ubi kentang Yang manis...

Salam, perkenalkan ubi kentang hiris yang digoreng bersama ikan bilis. mesti you all pernah makan..menu yang simple tapi sedap..nyum..nyum..#modelapar#

Selasa, 9 April 2013

Donut pulak.peberet dia..

Salam Bloggers,

Semoga sihat semuanya..dah lama tak update blog.. ni pun nak update pasal homemade donut..first time buat donut..request by awang si kenit...hmmm..suddenly minat nak makan donut...sejak kebelakangan ni asyik makan donut je dia... ikut macam maknye..heheh my perebet donut is cinnamon donut... :)...yang lain tu terlalu manis buat saya...tada...my homemade donut..masa goreng tu nampak keras..tapi bila dah sejuk lembut jer...dan rasa macam donut beli kat kedai..mari mari jamu donut..

see u all..

Isnin, 28 Januari 2013

Pecah kepala...

Salam Bloggers,

Semoga sihat hendaknya. Lama tak update blog. Semenjak dua menjak ni asyik kurang sihat je..kejap flu, kejap sengal tulang, kejap migrain rasa nak pecah jer kepala ni... nasib baik cuti panjang..hmmm...berserabut jer rasa...ok la untilmnext entry..have a nice day!!!!

Khamis, 3 Januari 2013

SELAMAT PAGI CIKGU....

Salam Bloggers,

Hari ni afiq start sekolah...pagi pagi lagi dah bangun nak mandi pegi sekolah. Padahal baru pukul 6 pagi...Sekolah start pukul 8 pagi...ramai kawan baru...ada yang mengangis, ada yang malu malu, ada yang senyap jer...hehehe...teringat zaman sekolah dulu...

ok until next entry,
Meeza Maureen...




Isnin, 31 Disember 2012

Paris Oh Paris..

Salam Bloggers,

Tengah menikmati minum petang ker...hehehe...esok cuti lagi...anyway saya nak ucap HAPPY NEW YEAR to all of you. Tadi dok tgh belek FB, ternampak album masa di Paris. Lama dah tak keluar berjalan jalan kat Bandar Paris..Pegi memang pegi tapi selalu bertapa dalam bilik je...ye ler bila penat tido je kejenye..dulu time muda remaja berjalan tak ingat..sekarang ni tak larat dah...

 Tak ingat dah bangunan apa ni...

 Mamat ni tiba tiba nak ambik foto dengan kami...


 Me and my friend

Ni la eifel tower


Tapi kalau selalu pergi tempat yang sama boring ler jugak..

ok until next entry,

Meeza Maureen




Sabtu, 29 Disember 2012

THE SECRET OF SWISS POWERFULL APPLE

Salam Bloggers,

Hari ni saya nak cite pasal buah epal...ada customer saya tanya bagus ke product Apple Stem Cell? Product ni memang berasas buah epal..buah buahan sudah semestinya bagus...saya kalau pasal product membersihkan muka ni memang la kena hati hati nak pilih. Selalu saya akan beli small trial pack dulu..kalau ok saya terus jadi pelnggan setia kalau tak, baik jangan. ye dak. Kalau saya yang menjual pun saya akan pastikan product tu betul betul bagus sebab saya tak nak naya orang. Saya nak semua orang nampak cantik.

Haa...ni lah pokok buah epal. Tapi yang ni special. Nama scientific nye Uttwiler Spatlauber berasal dari Switzerland. Buah epal ni boleh disimpan selama 4 bulan selepas di petik dari pokoknya. Ia kaya dengan nutrien. Di bawah adalah petikan dari Cik Google,

"Scientists found Uttwiler Spatlauber apples keep fresh even 4 months after harvesting. Uttliwer Spatlauber Apple contains a wealth of nutrients, protein and amazing vitality of the plants in operation to help the health regeneration of damaged cells."


Testimonials
Before
After
Madam Fan 53 years old
I am age of 53 years old woman and facing menopause problems. I feel my skin getting dull and I get tired easily.
However, after I consume Swisscorr Apple Stem Cell Rejuvenation Drinks for a month,my menopause sympthon getting better, my skin become more radiant and I am more energetic! Thanks alot to Swisscorr for promoting such a good product!



Before

After
Madam Tai 46 years old
Previously I have tried many different brands of supplements, however, i am not quite satisfied with the anti aging results. I am still facing laughing lines, fine lines problem, and the most worried part is that my face start sagging. However, after I start consuming Swisscorr Apple Stem Cell Rejuvenation Drinks for one month, I feel that my face getting firmer, laughing lines and fines lines reduced tremendously!



Before

After
Madam Chong 32 years old
I was having a dull, oily and uneven skin tone in the past 10 years after giving birth to my child.However, after I consume Swisscorr Apple Stem Cell Rejuvenation Drinks for two weeks, my skin become smoother, brighter and more radiant. The results are amazing! And now I am already a woman with fair,firm and smooth skin !



Haaa...tu la dia kisah sebiji epal. Jadi kalau ada product yang berasakan epal, jangan ragu ragu nak beli ye..
Sehingga kita berjumpa lagi.

Meeza Maureen 






Ahad, 2 Disember 2012

ARRGGHH..AHAD YANG BUSY!!!!

Salam Bloggers,

Apa buat...amacam hari ni..ada baik kah? hahah...tu la dia...busy busy pon sempat lagi berblog..sebenarnya sambil menyelam minum air...tgh dodoi anak ni...lepas ni nak kena sambung kerja lagi..ye lah laundry dah bertimbun...semenjak cuti balik kampung, balik cuti terus kerja... saya memang suka buat kerja rumah sendiri..psst..tak suka harap kan orang...i stand by my own feet...kerja perfect ker tak...still puas hati sebab sendiri buat...hehehe...

Tips ketika menaiki Kapal Terbang.

Salam semua,  Ni ada sedikit tips untuk anda yang nak balik kampung naik kapal terbang bersama anak anak yer.. Siapkan barang yang n...